Thursday, April 5, 2018

Krisis Ekonomi 1998, 2008 & 2018?

Kebelakangan ini sejak awal tahun kita nampak kejatuhan harga dana ekuiti seperti Islamic Small Cap, Dinasti Equity dan Dana al-ilham. Ya saya pasti terdapat beberapa kerisauan dengan modal yg tuan/puan laburkan.

Bagi hemat saya sememangnya untuk jangkamasa pendek pelaburan ekuiti adalah tidak sesuai, akan tetapi untuk pelaburan jangkamasa panjang inilah peluang besar bagi membeli harga murah di pasaran. Saya akan terangkan lebih lanjut mengapa.

Sebenarnya saya agak terlibat secara aktif dalam trading saham di Bursa mahupun Global. Jadi apa yang saya jelaskan adalah dari pengalaman analisis sudut teknikal dan fundamental serta saya akan terangkan secara dari perspektif global terlebih dahulu sebelum masuk ke dana-dana ekuiti yg terlibat.

Pertama sekali kita faham bahawa pergerakan pasaran ekonomi adalah turun dan naik serta sangat dipengaruhi sentimen (politik, kewangan & sosioekonomi psikologi manusia). Dikatakan setiap 10 tahun ekonomi akan jatuh atau 'bubble burst'.

Pada tahun 1998 kita lihat kejatuhan ekonomi dunia disebabkan krisis matawang

Pada tahun 2008 kita lihat kejatuhan ekonomi dunia disebabkan krisis subprime bank.

Dan lagi sekali pada tahun ini 2018 kita lihat kejatuhan ekonomi dunia disebabkan trade war antara US & China?

Dalam peperangan ekonomi dunia, indeks global Dow Jones sangat memberi kesan kepada pasaran serantau termasuklah dana ekuiti Dinasti di China dan dana al-ilham serta Islamic Small-Cap di Malaysia. Kejatuhan indeks mempengaruhi sentimen indeks lokal. Ketika ini lah sebenarnya peluang datang! Siapa ada duit, banyak peluang harga diskaun boleh dibeli ketika krisis. "Cash is king" bak kata orang putih.

Dari sudut analisis teknikal, Dow Jones Index telah mengalami kejatuhan teruk selepas dalam tempoh selepas paras tertinggi dalam sejarah dan kini sedang test paras support zone 23,500 mata sebanyak 2-3 kali. Pada pendapat saya selagi tidak melepasi paras bawah zon 23,500 mata, indeks berkemungkinan untuk naik semula. Dalam awal April ini terdapat beberapa rebound dari paras support indeks tersebut. Bagi saya support zone adalah paras untuk membeli jika ia berpotensi. Lebih-lebih lagi ia sudah retest banyak kali. Untuk pelaburan jangkamasa panjang, strategi ini dikenali Buy On Dip (BOD), beli ketika harga diskaun :)

Ketika tahun 2001-2002, ketika krisis dana small cap juga pernah jatuh bawah 50sen seunit (jatuh dr paras permulaan) tetapi sejak 17 tahun lepas ia telah naik lebih 868%++ (anggaran purata tahunan 48%++ setahun). Pada ketika itu ada krisis .com dikatakan zaman internet sedang boom dan tiba2 jatuh. Apa yang ingin dinyatakan ialah memang panik berlaku ketika itu dan harga jatuh! Tetapi siapa yang beli ketika harga diskaun ketika itu menikmati berganda-ganda pulangan lebih 868% pelaburannya kini. Untung anggaran lebih purata 48% setahun tu!

Tahun ini 2018, berlaku juga pada Islamic Small Cap. Ia jatuh mendadak dari harga tawaran permulaan 50sen. Adakah anda keluarkan pelaburan anda sekarang, menunggu atau mengambil peluang disebalik krisis ekonomi yang berlaku?

* Past performance is not indicative for future performance. Invest at your own risk. Just for information only.

Sumber/Info

Fundfact Sheet Small Cap Fund
http://www.eastspringinvestments.com.my/

Berminat untuk melabur atau keluarkan KWSP anda untuk pelaburan?
Hubungi saya! Klik eastspring.wasap.my